Cari Blog Ini

Sabtu, 06 Mei 2017

JENIS-JENIS ORANG YANG MENENTANG DAN MENOLAK KHILAFAH


Tanpa tangguh lagi, ayuh kita periksa lakukan uji kaji

*1. Dia Kafir Harbi Fi'lan.*

Seperti yang kita ketahui, orang kafir itu kan ada pembahagiannya. Ada kafir mu’ahid, kafir dzimmi, dan kafir harbi fi’lan, dan lain-lain

Kafir harbi fi'lan, adalah individu mahupun kelompok mahupun negara, yang memusuhi Islam. Aktiviti-aktivitinya seperti meghinakan Al-Qur'an, menghina Nabi Muhammad Saw, hobi membunuh kaum Muslimin, hobi membuat fitnah dan masalah, dan lain-lainnya, yang tujuannya, ingin Islam dimusnahkan dari dunia ini. Intinya, mereka memerangi Islam.

Kalau sudah begitu, tentulah mereka tidak senang dengan adanya Daulah Khilafah. Makanya pula jauh dari 13 abad yang lalu, mereka berusaha untuk melemahkan Daulah, agar boleh runtuh. Dan sekarang pun mereka sibuk menghalang kita untuk menegakkan Khilafah tersebut kembali.

*2. Dia Sudah Dididik Anti-Syariah & Khilafah.*

Ada pula orang yang memang dia menolak idea syariah-Khilafah, kerana memang ia rutin membaca buku-buku, artikel, mahupun menyemak , merujuk "bahan kajian" tentang apa-apa yang bertentangan dengan syariat, seperti misalnya ideologi Kapitalisme, sosialisme, fahaman liberalisme, sekulerisme, nasionalisme, pluralisme, atheisme, ilmu falsafah, demokrasi dan sebagainya.
Baik dengan diniatkan, mahupun secara tidak sengaja, seperti gara-gara filem, majalah, game, muzik, khabar, dan sebagainya, yang mengandungi hadharah asing.

Persoalan nya apakah asalnya ia muslim ataupun non-muslim. Intinya, ia mengguna pakai, mengembang, dan menyebarluaskan tsaqafah-tsaqafah non-Islam.

*3. Dia Masih Belum Mendapatkan Jawapan benar Secara mendalam.*

Jenis orang seperti ini, ketika dihadapkan penawaran untuk menyokong pergerakan penegakan Khilafah, dia bakal melontarkan banyak pertanyaan seputar khilafah. 

Seperti contohnya:
Mana dalil-dalil syara' yang mewajibkan wajib mendirikan Khilafah?
Bagaimana hak-hak non-muslim bila nanti Khilafah tegak?
Dari mana modal dan teknologi Yg diperolehi Daulah agar boleh mengatur Sumber alam?
Bukannya saja-saja ya kita terapkan syariat dengan sistem Demokrasi ini?
Adakah boleh Khilafah tegak dengan perjuangan di luar parlimen?
Dan kenapa tidak segera masuk parlimen saja? Dan lain-lain sebagainya.

Banyak, orang seperti ini yang sebelumnya mengejek-ejek perjuangan penegakan Khilafah, akhirnya ia malah menyokong, bahkan ikut memperjuangkan, ketika persoalan2nya telah dijawab dengan puas. *Dengan syarat, ia mahu bersifat positif. Dn mbuka fikirannya*

*4. Dia Orang Pragmatis.*

Contoh orang-orang seperti ini, adalah orang-orang Jepun. Seperti yang pernah dikatakan Prof. Dr. Hasan Ko Nakata, Phd., orang-orang di Jepun itu suka dengan yang namanya bukti. Sekiranya memang sistem Khilafah mensejahterakan rakyat, maka mereka akan benar-benar menyokongnya, sekiranya mereka pun benar2 sudah melihat dengan mata-kepala mereka sendiri, ternyata memang terbukti ada banyak yang sejahtera di bawah naungan Khilafah.
Makanya, usaha Terus, insyaAllah ketika Khilafah nanti sudah tertegak, orang-orang pragmatis ini akan berbondong-bondong masuk Islam (kalau dia non-muslim), dan makin semangat bertaqwa.

*5. Dia Orang Rasional.*

Orang-orang seperti ini pastinya ia orang yang pintar, banyak ilmunya. Mungkin saja dia itu sudah tamat pengajian, atau dia itu orang yang bekerja seperti pengurus, pengarah atau bahkan jurutera yang punya pengalaman kerja di perusahaan yang mengurus Sumber alam, negara, dll.

Kalau bertemu orang sebegini, ada yang malas diajak berbincang tentang dalil. Dia lebih cenderung berbincang data, fakta, dan perihal sains. Dan biasanya ada sebahagian dari kita yang "kalah" dengan mereka, ketika kita tidak boleh menjawab perihal teknikal.

*6. Dia Termakan Fitnah.*

Alhamdulillah memang "pandangan umum" tentang penegakan Khilafah ini sudah cukup meluas dn mendunia, Makanya, orang-orang yang merasa kepanasan pun berusaha menganggunya dengan cara melontarkan fitnah-fitnah, secara meluas juga

Seperti contohnya katanya kalau Khilafah itu mengancam pemerintahan yang ada, Khilafah itu "berdarah-darah, "para pejuang Khilafah itu khawarij, mu'tazillah, bukan ahlusunnah wal jamaah, dan sebagainya.
Sehingga, membuat orang awam termakan fitnah, hingga akhirnya menjadi ragu untuk memperjuangkan Khilafah.

*7. Dia Punya Mental Block.*

Tidak ada jaminan bahawa kita ini tidak pernah salah. Pastilah tiap-tiap kita punya salah. Namun yang terpenting adalah, kita segera sedar akan kesalahan yang kita buat tersebut, bertaubat, dan berusaha agar tidak mengulanginya lagi.

Nah, terkadang, hal ini sukar sangat dilakukan oleh sebahagian orang. Seperti contohya ada orang yang awalnya kental menyuarakan nasionalisme, kemudian ia sedar bahawa itu salah, namun ia belum mahu meninggalkan aktiviti berkempen nasionalismenya. Kerana dia malu, dia punya "follower" yang sudah sangat semangat akan nasionalisme, berkat ajarannya.

Atau perihal2 tidak sesuai, yang akan bertembung denganya sekiranya ia ikut memperjuangkan Khilafah. Sekaligus ia memusuhi Islam, ataukah memang Islam. Seperti halnya mungkin ia sebelumnya cukup serius menyatakan bahawa maksiat2 di negeri ini boleh dihapuskan cukup dengan do'a sahaja, atau harus melalui parlimen, atau harus dengan jihad, atau lain-lainnya.

*8. Dia Takut Kehilangan Kenikmatan*

Duniawinya ketika Ini.
Nah, ini biasanya adalah mereka yang sudah memiliki harta yang banyak, jawatan yang hebat, namun ternyata tidak syar'i, atau haram.
Seperti misalnya akad perusahaannya batil, ada yang fasad, cashflow-nya dipenuhi riba, biasa deal dengan rasuah-merasuah, dia anggota parlimen dan lain-lainnya. Intinya, dia tahu, kalau nanti Khilafah tegak, hartanya bakal hilang, sehingga dia tidak boleh foya-foya lagi.

*9. Dia Hobi Maksiat.*

Ini alasan yang paling logik. Kalau ada orang yang tidak setuju dengan hukum rejam bagi pezina, bererti dia itu hobi berzina, atau punya cita-cita nanti mahu berzina, atau dia memang senang melihat angka hubungan seks di luar nikah yang tinggi, dan angka keguguran liar nikah yang tinggi.

Dan kalau ada orang yang tidak setuju dengan hukum hudud bagi "pencuri", bererti dia itu hobi mencuri, korup, atau kelmarin habis terbongkar rancangan atau agenda korupsi dan mencurinya nanti. Atau mungkin dia termasuk orang yang memang senang melihat berita duit rakyat dikorupsi, melihat orang2 miskin yang mati kerana kelaparan, mati kerana tidak mampu diubati, bodoh kerana tidak bersekolah, dan sebagainya.
Intinya, dia tidak suka bila ada masyarakat yang memiliki satu perasaan islami, satu pemikiran islami, dan satu peraturan islami. Kerana itu akan menyusahkan adanya kewujudan kemaksiatan yg sedia ada.

*10. Dia Dibayar.*

Ini yang sangat lumayan . Aneh juga, semangatnya minta ampun! Contoh sederhananya, berita di TV, artikel di akhbar, Komen2 dan lain-lainnya.
Ketika kita  melakukan aktiviti memuhasah penguasa dn umat, mereka berusaha menggagalkan aktiviti itu, dengan cara membuat ugutan,ancaman Dan sabagainya. Atau mungkin yang lebih drastik, mereka berusaha menggagalkn ,menangkap Serta menyeksa para pendakwahnya

Dan masih banyak contoh lainnya, seperti memfitnah para pejuang Khilafah, seperti yang dialami ramai diseluruh dunia....malah tidak kurang membuat posting tulisan yang tidak bermutu dalam rangka menyalah-nyalahkan apa-apa yang kita dakwahkan, dan menggembar-gemborkan apa-apa yang bertentangan dengan Islam.
mereka ini termasuk kelompok liberal, para Kapitalis, atau lain-lain seangkatannya.

*11. Dia Gila.*

Ya mahu dikomen apa lagi kalau sudah gila, kerana. Tidak mampu menggunakn akalnya . Hmm.. mohon maaf, ini bukan ngejek yaa.. Saya cuma mahu mengholistikkan penjelasan fakta penolakan ajakan kepada seruan syariah dn khilafah ini.
Memang tidak ada hasilnya kan sekiranya kita berdialog dengannya. Lagipun orang yang tidak berakal tidak akan dihisab.

*12. Dia Masih kAnak-kAnak.*

Yaah ini semestinya hehehe! Ada memang anak-anak zaman sekarang yang ADA yang cerdas, ada juga yang belum mudah berpikir luas. Ini Proses.
Masih kanak2 yang saya maksud disini adalah, yang belum baligh. Kerana tiada hisab bagi yang belum baligh. Bererti ia tidak dibebani kewajiban.
Paling yang dihisab adalah siapa yang bertanggungjawab harusnya mendidik anak tersebut. Kerana beban yang ada adalah, mendidikn  anak agar nanti ketika baligh, sudah sedia, mampu melaksanakan kewajiban, dan bahkan sudah terbiasa melakukn seruan kebenaran , mencegah kemungkaran...Atau yg terjadi skrg Hanya utk Lulu's exam jauh sekali utk meraih Redha Allah 

Dua belas jenis orang di atas, boleh jadi dia itu muslim ataupun non-muslim. Kerana ada juga non-muslim yang mendukung perjuangan penegakan Khilafah ini.

Dan kerana memang tidak menutup kemungkinan ke-12 orang tersebut akan bertaubat, tidak menutup kemungkinan pula bahawa mereka sebelumnya adalah orang yang sempat pernah menyokong dan memperjuangkan penegakan Khilafah, namun menjadi "down", kerana satu-dua-tiga-atau beberapa alasan, ntah kerana ikutan, termakan fitnah, atau kerana kerapnya lebih mengkedepankan(emosi) perasaan daripada akal. Akhirnya dalil/nas ditinggalkn


Semoga dengan ukuran jenis2 manusia yang masih ringkas ini, boleh menginspirasi Anda untuk lebih optimal arah tuju dakwahnya  Dan semoga pula boleh bertambah clear pemahaman Anda yang mungkin baru kenal dengan perihal Khilafah ini.

Oh jika , barangkali menurut Anda ada jenis lain?  Bagi yg menolak syariah dn khilafah boleh lah di tambahi lagi ..supaya ia blh menjadi ukuran utk Kita memuhasah diri

Source : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208627952283871&id=1461914634
 

0 komentar:

Posting Komentar